Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


merajuk sbb tak nak pakai baju melayu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
merajuk sbb tak



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 7-Oct-2008 02:55
Alkisah Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam aidilfitri kepada semua. Thn ni aidilfitri kami tidak ceria dan tidak gembira. Ini gara-gara abah yg sakit tiba-tiba. Abah terpaksa dikuarantin di Alor Setar sana. Kerana Chicken Pox yg telah melanda. Memang sedih di pagi raya. Kami di Sg Petani, abah di sana. Terasa sedih dan hambar tak terkata. Tidak dapat bersalam dan bermaafan dengan abah di pagi raya. Hanya mendengar suara. Mama langsung tak pakai baju raya, inikan pula nak beraya. Maklum ler teringat abah yg sakit di sana. Nak beraya pon tak kuasa. Tapi, Muaz tetap pergi beraya. Dengan Pak Ngah dia bergaya. Ke hulu ke hilir mengumpul duit raya. Dari pagi hingga ke malam raya! Malam tuh dia tidur dengan lenanya.

Abah masih bercuti raya. Tak boleh balik sehingga sembuh semula. Takut berjangkit dengan mama yg dah berbadan dua. Cepat2 lah abah sembuh semula. Boleh ambil Muaz di kampung dan kita boleh bersama semula. Ini tidak, sorang di KL, sorang di Sg Petani dan sorang di Alor Setar, huru hara rasanya. Muaz pon tak sabar nak jumpa abahnya. Dah lama sangat rasanya.

Takper takper...thn depan kita beraya sakan ya!

Walaubagaimanapun, Ucapan aidilfitri dan maaf zahir batin utk anda semua dari kami sekeluarga.






© Pidgin Technologies Ltd. 2008.